Saturday, August 15, 2009

Faedah Pendidikan Muzik dalam P&P

Permainan alat muzik melatih pelajar dalam kordinasi mata, pendengaran dan psikomotor melalui penglibatan pelajar dalam kegiatan permainan alat muzik. Bidang ini menggalakkan pelajar meneroka dan mengeksperimen pelbagai alat muzik termasuk pengunaan anggota tubuh badan mereka. Seterusnya kegiatan dalam bahagian ini memberi latihan asas untuk pendengaran secara selektif, teknik permainan alat dan kreativiti melalui improvisasi susunan bunyi. Pelajar berpeluang merasai hasilan bunyi melalui penglibatan mereka bermain alat muzik. Terkandung di dalam bidang permainan alat muzik ialah amalan bekerjasama yang berlaku didalam kegiatan permainan alat secara ensemble. Konsep muzik yang ditegaskan didalam permainan alat ialah corak irama, warna ton, melodi dan ekspresi. Kebanyakkan alat muzik yang digunakan didalam permainan alat secara ensemble ini ialah alat perkusi, melodian, rekoder dan pilihan beberapa alat tradisional tempatan yang difikirkan sesuai. Melalui pendekatan ini banyak faedah boleh diterapkan dalam proses pembelajaran dan pengajaran (P&P) dimana boleh di ringkaskan seperti berikut:

1. Menikmati pelbagai pengalaman muzik

2. Memperkembangkan nilai estetika, kreativiti, dan ekspresi diri.

3. Merasai dan mengenal konsep muzik.

4. Meningkatkan kemahiran mendengar muzik secara aktif

5. Mengenal dan memahami sistem notasi muzik yang asas

6. Memperkembangkan kemahiran asas dalam kegiatan nyanyian, muzik dengan gerakan dan permainan alat

7. Memupuk semangat berusaha, disiplin diri dan yakin diri

8. Mengamalkan semangat toleransi dan kerjasama.

9. Mengenal dan menghargai pelbagai jenis muzik tanah air, tradisional dan semasa yang sesuai

10. Mengenal muzik yang sesuai dari beberapa negara lain

11. Menjadi pengguna muzik yang berpengetahuan dan berdiskriminasi.

No comments:

Post a Comment