Saturday, August 15, 2009

Pengenalan Muzik


Muzik adalah bunyi yang diterima oleh individu dan berbeza-beza berdasarkan sejarah, lokasi, budaya dan selera seseorang. Pada amnya muzik adalah diakui sebagai satu cabang seni dan juga sains yang menggabungkan bunyi - bunyi vocal dan ate instrumental termasuk bunyi-bunyi semula jadi dari persekitaran atau rekaan dengan satu cara yang dianggap memuaskan mengikut estetika, corak pemikiran, dan emosi manusia yang juga boleh mencerminkan sesuatu budaya tertentu. Bunyi burung, semboyan keretapi, azan dari masjid, bacaan quran, bunyi kipas dan bunyi-bunyi lain yang didengar dipersekitaran boleh didefinisikan sebagai muzik juga. Bahasa Arab, pengertian muzik dalah sebagai handasah alsawt yang bermaksud “kejuruteraan bunyi secara artistik”. Sebenarnya muzik ialah satu perkataan yang telah diwarisi daripada cerita-cerita dongeng zaman puba Yunani diberi nama sebagai “Muses” yang bemaksud semua bentuk seni halus termasuk muzik. Tetaoi pada hari ini perkataan muzik ini digunakan secara universal dan bermaksud seni bunyi-bunyian. Muzik menurut Aristotle’s mempunyai kemampuan mendamaikan hati yang gundah, mempunyai terapi rekreatif dan menumbuhkan jiwa patriotisme. Menurut matlamat pendidikan muzik kebangsaan, Pendidikan muzik adalah bertujuan untuk memperkembangakan potensi dan kualiti diri individu dari segi nilai estetika muzik dan etika melalui pelbagai pengalaman muzik ke arah meningkatkan kesejahteraan hidup dalam konteks budaya dan aspirasi Negara.


contoh alat muzik di sekolah rendah;


No comments:

Post a Comment