Saturday, August 15, 2009

PROSES KOMPUTER YANG TERHASIL DALAM “P&P”


Dalam proses pembelajaran dan pengajaran (P&P) terdapat lima proses yang terhasil dalam penggunaan komputer dalam menyediakan bahan bantu mengajar (BBM/ABM). Lima proses tersebut adalah masukan(input), pemproses, ingatan, keluaran(output) dan storan(penyipanan maklumat).

Secara amnya, dalam proses penyediaan bahan seorang guru itu haruslah memasukkan infomasi melalui papan kekunci komputer dimana bahan akan di taip secara tersusun dan proses ini dipanggil proses masukan. Setelah proses masukan data dijalankan segala maklumat yang dimasukkan akan diproses oleh kotak utama untuk menghantar inplus atau gelombang elektrik dan ditukarkan kepada imej-imej yang boleh dibaca oleh bahasa manusia dan seterusnya di simpan dalam ingatan sementara proses ini dipanggil proses “pemproses”. Ingatan sementara akan bertindak untuk menyimpan maklumat dan dipancarkan untuk tanyangan yang diterjemahkan didepan skrin laptop atau komputer. Dalam proses P&P maklumat yang dipaparkan diskrin adalah digolongkan dalam proses keluaran (output) dimana segala infomasi yang ingin disampaikan akan ditunjukkan kepada pelajar. Pelajar secara langsung akan tertarik kepada teknologi tersebut dan akan menyimpat maklumat ke dalam otak disamping menggunakan storan tetap seperti CD, DVD, THUMB DRIVE untuk penyipanan data sebagai panduan dimasa akan datang.

Teori yang terhasil dalam proses pembelajaran ini adalah teori pembelajaran kognitif dimana kajian terhadap proses aktif minda (celik minda) untuk memahami persekitarannya menggunakan ilmu. Dimana, individu secara aktif memilih, mengamal, memberi perhatian untuk pembelajaran. Teori ini juga dikenali sebagai GESTALT bererti keseluruan (as a whole).





Gambar 1: Proses penggunaan komputer dalam P&P aplikasi teori Kognitif

No comments:

Post a Comment

Post a Comment