Secara kesimpulannya muzik dapat dikaitkan melalui Kejayaan seseorang guru di dalam pengajarannya dimana apabila ilmu ataupun mesej yang mahu disampaikannya dapat dinikmati atau dikuasai oleh pelajar-pelajarnya. Guru yang baik adalah guru yang dapat menggunakan segala kepakaran dan bakat yang dimilikinya untuk dikongsi oleh para pelajarnya di dalam sesi pengajaran dan pembelajarannya. Sesekali, guru-guru Perlu memikirkan minat dan kecenderungan murid-muridnya untuk digunakan sebagai pemangkin bagi ‘memancing’ minat mereka. Sebagai contohnya, kebanyakan murid murid amat gemar akan muzik dan nyanyian mahupun berpantun, berseloka dan sebagainya. Menyedari akan hakikat tersebut, maka kajian ini menggunakan elemen muzik dan nyanyian bagi menarik minat murid-murid dan sekaligus membantu murid-murid terbabit menghafal faktafakta mahupun sturuktur–struktur berlabel bagi sesebuah gambar rajah. Di dalam kajian ini, seorang guru yang mempunyai sedikit kemahiran dalam bidang Muzik telah menggabungjalinkan kedua-dua mata pelajaran Bahasa Melayu / Sastera dengan sains di dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran harian. Hasilnya didapati murid-murid berjaya dengan mudah melabel dan menghafal struktur-struktur,yang terlibat di dalam sukatan pelajaran. Di samping berjaya memahami dan menghafal pelajaran berikut murid-murid yang terbabit juga berasa seronok ketika mengikuti kelas tersebut. Ini sekaligus, merangsang murid-murid untuk meminati sesuatu mata pelajaran tersebut dengan bantuan pengabungjalinan daripada pedidikan muzik dalam sesebuah matapelajaran. Para pelajar sudah mula menunjukkan reaksi yang positif terhadap akademik dan ini akan dapat merealisasikan impian Negara dalam menghujudkan masyarakat yang seimbang dan berpengatahuan luas dalam apa juga bidang demi menyamai dan melahirkan seorang insan yang bertaraf antarabangsa.
Saturday, August 15, 2009
Rumusan pendidikan Muzik dalam P&P
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment